Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
Dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
Supaya apabila kita telah menemuinya
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
Dengan nikmat & hikmah di sebalik pemberian tersebut
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup
Pintu yang lain akan terbuka untuk kita tetapi lazimnya
Kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
Hinggakan kita tidak nampak akan pintu lain
Yang telah dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama-sama tanpa bicara walau sepatah
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan
Bahawa itulah perbualan yang terhebat pernah dialaminya
Memang benar kita tidak akan tahu
Apa-apa yang telah kita punyai, sehingga kita kehilangannya
Dan juga benar kita tidak tau
Apa-apa yang kita rindukan, sehingga ia datang kepada kita.
Semoga kita miliki kebahagiaan yang cukup
Membuatkan diri kita menarik
Percubaan yang cukup membuatkan diri kita kuat
Kesedihan yang cukup memastikan kita menjadi seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia
Selalulah bayangkan diri kita berada dalam situasi seseorang
Jika kita terasa ia menyakitkan kita
Fikirkanlah yang ia juga bisa menyakitkan orang lain.
Kebahagiaan seseorang manusia tidaklah semestinya
Memiliki segala yang terbaik
Kita hanya membuat yang terbaik dalam hampir semua perkara
Yang datang di dalam hidup kita
Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis. Terluka
Dan mereka yang telah mencari dan mencuba
Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai
Kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
Kehidupan lalu yang telah dilupakan
Kita tidak akan boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
Sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis
Dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum
Teruskanlah hidup ini supaya
Apabila kita mati nanti
Kita pula yang akan tersenyum
Dan mereka pula yang akan menangis...
renungkan ia dengan mata hatimu. wassalam.
masa depan yang cerah selalu berteraskan masa lalu yang dilupakan..tepat sekali kata-kata ini tapi untuk melalui semua itu bukannya mudah..perlu ada kekuatan yang cukup dan iman yang teguh..saya dalah antara insan yang ingin melupakan masa lalu demi masa depan yang lebih cerah..saya melaluinya dan saya tahu bagaimana payahnya semua itu..namun sokongan kawan2 termasuk saudara menjadikan saya lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk melupakan masa silam saya...thx 4 all ur support all this while..
ReplyDelete