Salamullahi 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam maal hijrah 1432 H khusus buat para pembaca yang amat saya kasihi sekalian daripada kalangan mereka yang beragama Islam.
Semoga kehadiran tahun baru ini akan disertai dengan azam yang lebih baik dan diharapkan juga agar kita akan dianugerahkan dengan pelbagai rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.
Insya Allah. Amin.

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
(muttafaqun 'alaih)
Maka ambillah kesempatan umur dan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita ini untuk bersama-sama memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Mudah-mudahan kita akan memperoleh kejayaan yang lebih gemilang. Insya Allah.Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H buat semua pembaca yang setia bersama dengan setiap post yang dinukilkan. Semoga penulis diberi kekuatan untuk terus berkarya dan terus memperjuangkan cinta yang tulus untuk kebaikan diri penulis sendiri dan juga para pembaca yang budiman sekalian.
Jangan lupa untuk perbaharui hati kita, renovate iman kita dan kukuhkan cinta kita demi kebahagiaan hidup senantiasa. Wallahu a'alam. Ilalliqa'.
No comments:
Post a Comment