Wednesday, July 8, 2009

Hati & Perasaan



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa

Dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul

Supaya apabila kita telah menemuinya

Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur

Dengan nikmat & hikmah di sebalik pemberian tersebut


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup

Pintu yang lain akan terbuka untuk kita tetapi lazimnya

Kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama


Hinggakan kita tidak nampak akan pintu lain

Yang telah dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian

Dan berbuai bersama-sama tanpa bicara walau sepatah

Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan

Bahawa itulah perbualan yang terhebat pernah dialaminya

Memang benar kita tidak akan tahu

Apa-apa yang telah kita punyai, sehingga kita kehilangannya

Dan juga benar kita tidak tau

Apa-apa yang kita rindukan, sehingga ia datang kepada kita.

Semoga kita miliki kebahagiaan yang cukup

Membuatkan diri kita menarik

Percubaan yang cukup membuatkan diri kita kuat


Kesedihan yang cukup memastikan kita menjadi seorang insan

Dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia

Selalulah bayangkan diri kita berada dalam situasi seseorang

Jika kita terasa ia menyakitkan kita

Fikirkanlah yang ia juga bisa menyakitkan orang lain.


Kebahagiaan seseorang manusia tidaklah semestinya

Memiliki segala yang terbaik

Kita hanya membuat yang terbaik dalam hampir semua perkara

Yang datang di dalam hidup kita

Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis. Terluka

Dan mereka yang telah mencari dan mencuba

Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai

Kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan

Kehidupan lalu yang telah dilupakan

Kita tidak akan boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna

Sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis

Dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum

Teruskanlah hidup ini supaya

Apabila kita mati nanti

Kita pula yang akan tersenyum

Dan mereka pula yang akan menangis...

renungkan ia dengan mata hatimu. wassalam.

1 comment:

  1. masa depan yang cerah selalu berteraskan masa lalu yang dilupakan..tepat sekali kata-kata ini tapi untuk melalui semua itu bukannya mudah..perlu ada kekuatan yang cukup dan iman yang teguh..saya dalah antara insan yang ingin melupakan masa lalu demi masa depan yang lebih cerah..saya melaluinya dan saya tahu bagaimana payahnya semua itu..namun sokongan kawan2 termasuk saudara menjadikan saya lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk melupakan masa silam saya...thx 4 all ur support all this while..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails